fbpx

Hubungan Fida Ibrahim & Zalif Sidek Pulih, Kembali Bercinta?

Pantang tengok selebriti berbaik baik, mesti ada gossip nakal yang timbul mengatakan mereka bercinta. Ingat lagi akan hubungan teman tapi mesra Zalif Sidek & Fida Ibrahim tidak lama dahulu?

Selepas hubungan rapat mereka di’ketahui umum, Fida Ibrahim mengadu yang ada seorang wanita ‘menyerang’ beliau dan tidak membenarkan selebriti itu untuk terus rapat dengan Zalif Sidek.

Oleh kerana perkara itu, hubungan pasangan ini menjadi renggang sehinggalah baru baru ini Zalif Sidek sendiri dijemput Fida Ibrahim untuk hadir ke majlis kesyukuran yang di’adakan di kediaman beliau.

Laporan Metro Ahad menyebut yang kedua dua mereka siap mengenakan pakaian yang sedondon warnanya pada majlis tersebut dan ini timbulkan keterujaan mereka yang ada untuk mengusik mereka berdua.

Zalif Sidek berkata yang sejak dari itu, hubungan mereka berdua kembali rapat dan masa itu di’gunakan untuk berbicara dari hati ke hati tentang apa yang telah terjadi sebelum ini & menganggap semuanya sudah selesai.

Zalif Sidek turut berkata apa yang terjadi antara mereka ibarat seperti di’jodohkan tetapi beliau tidak mahu terlalu yakin. Pasangan ini khabarnya menyerahkan jodoh kepada ketentuan Allah. Baguslah sudah berbaik, yang penting jaga hubungan yang ada kini sebaik mungkin.