fbpx

Hubungan Direstui Dah Putus, Pelakon 10 Tahun Curang Dengan Lelaki Lain?

Pasti ramai masih ingat lagi dengan cerita pelakon cilik Duerra Mitilda, 10 tahun yang kongsikan kisah cintanya dengan pelakon berusia 13 tahun, Hezriq Shah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang beranggapan kedua-dua mereka masih terlalu muda.

Lebih mengundang kecaman apabila bapa kepada Duerra Mitilda memberikan alasan bahawa itu merupakan soal peribadi anaknya selain tidak mahu campur tangan dalam urusan mereka.

BACA: Pelakon Berusia 10 Tahun Bercinta, Ibu Bapa Enggan Campur Tangan

Terbaru, hubungan cinta pasangan yang direstui keluarga itu dikhabarkan sudah berakhir apabila seorang netizen berkongsikan beberapa status yang dimuat oleh kedua pelakon itu di Insta Story.

Menurut Mitilda, hubungan mereka berakhir berpunca daripada sikap Hezriq yang terlalu cemburu sehingga mereka sering bergaduh. Katanya lagi, Hezriq tidak memahami statusnya sebagai seroang artis.

Dalam pada itu, Hezriq turut mendedahkan bahawa Mitilda mungkin telah menemui pengganti baru iaitu pelakon cilik Nik Adam Mika. Menerusi Instagram, Nik Adam ada berkongsikan beberapa gambar dan video mesra mereka berdua.

Difahamkan, Nik Adam dan Mitilda kini sedang sibuk menjalani penggambaraan Runi dan Solah selain merakam video TikTok bersama.