fbpx

Wafariena Akui Pernah Digoda Suami Orang

Berjaya membawa watak sebagai Nurul Ain sebagai perampas suami orang dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 sehingga dikecam teruk oleh netizen, bagaimanapun Wafariena berkata karakter sebenarnya sangat berbeza dengan dalam drama.

Mengakui pernah diganggu dan digoda lelaki berstatus suami orang, namun Wafariena tidak melayan godaan tersebut, malah tidak pernah terfikir untuk merampas suami orang.

“Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak rampas suami orang itu, memang tak la.

“Kalau orang tak kenal saya mereka mesti ingat saya sombong. Sebenarnya, sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang menganggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Wafariena Mengakui ada netizen di luar sana mengecamnya kerana menyangkakan dirinya membuka tudung sedangkan dia berhijab untuk watak dalam drama tersebut.

“Sehingga kini masih ada lagi yang kecam saya di DM dan komen di IG tapi saya biar saja. Ada yang kecam dan persoal kenapa saya buka tudung selepas dikenali.

“Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain saya pakai. Tapi orang yang baru follow saya memang tak tahu saya sememangnya tidak bertudung,” katanya.