fbpx

HONOR View20: Kamera Terbaik Bawah RM2,000?

Apabila kami terima unit review untuk HONOR View20 baru baru ini, jujurnya ada bibit keraguan di hati kami tentang kualiti kamera yang hadir dengan peranti terbaru jenama HONOR ini selain kualiti keseluruhan secara amnya.

Untuk media gaya hidup dan hiburan seperti kami, spesifikasi yang hadir dalam peranti HONOR View20 ini bukanlah satu perkara penting dalam kegunaa seharian — apa yang kami tahu, buka telefon dan ambil gambar sahaja.

Dan itu sahaja yang anda perlu lakukan dengan HONOR View20, tidak perlu fikir panjang. Buka aplikasi kamera, halakan pada subjek anda dan anda akan dapat hasil gambar yang lebih dari memuaskan hati sendiri.

Untuk mereka yang mahu tahu tentang spesifikasi, HONOR View20 ini hadir dengan kamera utama di bahagian belakang yang mampu mengambil gambar pasa resolusi 48megapiksel dan turut dipadankan bersama sensor TOF 3D — yang salah satu fungsinya memberikan efek latarbelakang kabur (blur / bokeh).

Kamera ini pada asasnya akan mengambil gambar pada resolusi 12MP dan anda perlu ke tetapan kamera untuk menggunakan resolusi 48MP dan 2x zoom tidak boleh digunapakai pada resolusi tinggi ini.

Dalam perbandingan dengan kamera iPhone X (klik untuk besarkan imej), kami lebih suka dengan hasil dari kamera utama HONOR View20 yang memberikan lakaran awan lebih jelas walaupun gambar lebih gelap secara keseluruhan.

HONOR View20 memberikan sudut pandangn lebih luas berbanding iPhone X yang kami kira sebagai satu kelebihan jika anda suka mengambil gambar pemandangan — lebih lebih lagi jika mengambil gambar waktu malam.

Jika anda seorang yang suka mengambil gambar portrait, kamera HONOR View20 ini memang tidak mengecewakan apabila sensor TOF 3D yang hadir mampu mengasingkan latar belakang dan subjek dengan berkesan dan cantik.

Kami boleh jamin anda tidak perlu risau dengan perisian kamera HONOR View20 ini kerana dengan bantuan AI, gambar anda akan kekal jelas dalam suasana cahaya yang pelbagai.

Anda tidak lagi perlu untuk sunting atau edit secara keterlaluan.

Untuk menjawab persoalan sama ada HONOR View20 memberikan kualiti kamera terbalik untuk peranti di bawah RM2,000, kami berani untuk katakan ya. Mungkin anda boleh jumpa kamera yang lebih berkualiti dari Google Pixel 2 atau pun Huawei Mate 20 Pro, namun untuk harga yang ditawarkan HONOR View20 memberikan lebih dari kepuasan untuk naluri fotografi anda.

HONOR View20 kini ditawarkan pada harga RM1,999 untuk variasi 6GB RAM, 128GB storan dalaman selain bateri berkapasiti 4,000mAh dan kamera selfie 25MP bersama kamera utama 48MP. Maklumat lanjut di laman web rasmi HONOR Malaysia.