fbpx

Honeymoon Di Pantai, ‘Bodyguard’ Teman Janna Nick & Dini Schatzmann

Menerusi perkongsian terbaru, pelakon Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann dikhabarkan sedang berbulan madu di sebuah resort yang terletak di Thailand.

Perkongsian Janna itu menjadi perhatian ramai apabila kelihatan seekor anjing turut menemani mereka serta turut sama melakukan aktiviti di air.

BACA: Nora Danish Minta Janna Nick & Dini Schatzmann Cepat-Cepat Buat Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Kapsyen Janna turut menghiburkan ramai apabila mengatakan anjing itu mempunyai persamaan dengan suaminya yang suka mengikutnya ke mana sahaja.

Diruangan komen, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan situasi berkenaan apatah lagi anjing antara haiwan dikategorikan sebagai najis mughallazah.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan perkongsian Janna itu seolah mengundang kecaman serta ada yang memberikan nasihat supaya tidak perlu memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan perkongsian Janna itu tidak salah kerana sebagai umat Islam sudah tentu tahu mengenai hukum hakam.