fbpx

Okay. Mula mula apa itu Saiz 0 atau Size Zero dalam istilah fesyen Amerika Syarikat.

Size Zero asasanya di’cipta dek kerana perubahan saiz baju wanita yang sentiasa berubah mengikut zaman.

Size Zero biasanya akan di’pakai oleh mereka yang mempunyai ukuran badan 30-22-32 inci (76-56-81 cm) sehingga 33-25-35 inci (84-64-89 cm).

Wikipedia make us look genius isn’t it?

Dan, sekarang Jennifer Hudson selebriti Hollywood yang mula popular sebagai peserta American Idol sudah boleh mengenakan persalinan saiz 0.

Dua tahun dahulu, Jennifer Hudson perlu mengenakan Saiz 16 dan hari ini atas usaha beliau menjaga pemakanan secara sihat, beliau mampu menyarung persalinan lebih anggun.

“Menjadi kurus bukan senang, ianya satu kerja keras. Dan sekarang saya rasa bertanggungjawab untuk terus kekal begini sebagai inspirasi kepada orang lain.”

Kami cemburu & kami rasa bersemangat untuk menguruskan badan lebih lebih lagi di bulan Ramadhan. Tetapi, ayam percik Abang Dol sedap sangat. Haishh.