Pempengaruh media sosia, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad meluahkan rasa berang dengan satu hantaran palsu yang mendakwanya sudah meninggal dunia di hospital London.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Sajat memuat naik semula hantaran palsu berkenaan serta memaklumkan dia masih sihat serta menyifatkan ianya fitnah paling jahat.

BACA: “Dua Minggu Batuk Kering, Makan Muntah” – Sajat Mohon Maaf & Doa

Dalam perkongsian itu juga, Sajat memberi amaran supaya memadam hantaran palsu berkenaan.

“Hoi. Saya masih hidup ya. Sihat, bekerja, dan berada di Australia. Berita kata saya meninggal di London tu FITNAH PALING JAHAT. Jangan jadikan dosa sebagai content. Padam. Sekarang!!! ANJING!!!” tulisnya.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan mungkin ‘Sajjad’ yang dimaksudkan dalam berita tersebut merupakan individu lain yang mempunyai nama yang sama.

×