fbpx

Hisyam Hamid Tak Layan Mesej Godaan Peminat, Terus Padam

Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata meningkat dewasa, pelakon Hisyam Hamid mengakui ada menerima mesej godaan daripada peminat di Instagram.

Bagaimanapun, Hisyam berkata dia tidak melayan dan akan terus memadam mesej diterimanya itu kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan diberikan oleh isterinya, Rosmawati Hanafi.

BACA: Peminat Hantar Gambar Lucah Kepada Hisyam Hamid

“Sebagai suami saya tidak sesekali mempersia-siakan kepercayaan diberikan isteri. Jadi saya perlu menjaga batasan untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya.

“Jangan dilayan perkara-perkara macam itu. Kalau ada yang mesej nakal saya pun saya akan terus padam dan tak layan sebab saya tahu isteri dan anak-anak menunggu saya di rumah. Tapi takut juga cakap pasal hal ini. Bukan apa, takut Allah nak uji. Tapi kalau boleh elak memang saya akan elak,” katanya.

Dalam pada itu, Hisyan meluahkan rasa syukur mempunyai isteri yang sanagat memahami malah isteri sendiri akan mengkritik sekiranya dia dilihat kekok dengan pasangan gandingan.

“Isteri amat profesional dalam bab ini dan kerana itulah saya masih berada disini. Saya yakin tak mungkin tiada langsung rasa cemburu, tapi dia seorang isteri yang memahami.

“Dia adalah pengkritik tetap saya. Tanpa sokongan dia tak mungkin saya mampu bertahan sehingga hari ini,” katanya.

Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nurish Syameliah, 14 tahun dan Haydeen, 12 tahun.