fbpx

Peminat Hantar Gambar Lucah Kepada Hisyam Hamid

Pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid mengakui masih menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang ingin berkenalan dan menawarkan diri menjadi kekasih dan isteri kedua.

Menyedari statusnya sebagai suami justeru dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan setiap mesej berkenaan. Sebaliknya dia menganggap mereka sebagai peminat fanatik.

BACA: Hisyam Hamid Rindu Zaman Bergelar Anggota Bomba

“Setiap kali berkongsi gambar bersama isteri dan anak, saya berharap peminat faham. Malangnya, masih ada yang tidak tahu. Saya tidak marah dengan tindakan mereka kerana bukan semuanya yang mengikuti perkembangan saya.

“Setiap mesej yang dihantar saya tidak layan dan balas. Saya tidak mahu ia berlanjutan yang akhirnya mengundang masalah lain. Kalau ada yang menulis di ruangan komen, saya mengaggap ia gurauan,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Tidak cukup dengan itu, lebih mengejutkan Hisyam apabila ada peminat wanita dan lelaki yang mengirimkan gambar lucah.

“Saya terkejut dengan keberanian mereka melakukan perkara sedemikian. Kalau setakat mesej, mungkin saya boleh terima, tetapi ini membabitkan gambar tidak senonoh.

“Setiap apa yang saya terima, isteri orang pertama yang tahu. Dia hanya mampu tergelak. Macam yang dikatakan, saya tidak perlu membalasnya,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Hisyam baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Do(s)a di Jakarta, Indonesia.

Drama yang bakal ditayangkan pada Disember ini menggabungkan pelakon tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara pelakon terbabit ialah Datuk M Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair, Cecep Aruf Rahman dan Shenty Feliziana. – Malaysian Digest