fbpx

Hina Arwah Anak, DSV Saman Malu Terhadap Azwan Ali

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali susulan pengacara itu menghina kematian dua anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu serta didakwa menghina fizikal anak perempuannya, Cik B.

Dalam tuntutan itu, Vida memberikan tempoh selama 48 jam bermula semalam terhadap Azwan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta menandatangan surat akuan terbuka untuk menarik balik kenyataan dan video-video yang dimuat naik.

BACA: DSV Kecewa Azwan Ali Bakar Perfume, Hina Arwah Anak

Menurut Vida penghinaan fizikal anak perempuannya dan dua anaknya yang sudah meninggal dunia disifatkan terlalu perit untuk diterima. Ujarnya lagi, dia tidak akan berdiam diri kerana Azwan telah menyentuh isu sensitif.

“Tragedi tersebut merupakan kenangan paling pahit dan sedih bagi saya. Ia juga telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya yang mana setelah tragedi tersebut saya menjadi murung tertekan beberapa bulan.

“Memandangkan Azwan telah menyentuh isu sensitif berkaitan dengan fizikal Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri.

“Oleh itu saya mengambil tindakan untuk memfailkan saman malu kepada Azwan. Tiada siapa berhak menghina fizikal orang lain,” katanya kepada mStar Online.

Difahamkan, Azwan berbuat demikian akibat tidak berpuas hati dan mendakwa Vida tidak membayarnya setelah membuat kemunculan di sebuah acara yang dianjurkan usahawan itu.

Bagimanapun, Vida berkata Azwan sememangnya dijemput sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan dengan perjanjian tanpa bayaran. Malah, Azwan juga bersetuju dengan syarat tanpa bayaran dan hadir untuk memberi kejutan kepadanya.