fbpx

Hilang 52 Kilogram, Michael Ang Tak Suka Dengan Penampilan Terkini

Penampilan terbaru Michael Ang ternyata mengejutkan ramai apabila penerbit, pengarah dan pelakon itu dilihat semakin langsing dan berat badannya kini semakin susut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael memuat naik gambar terbaru keadaan dirinya. Bagaimanapun, Michael akui tidak suka akan perubahan yang berlaku kepada dirinya dan berhasrat ingin kembali menjadi gempal seperti dahulu.

BACA: Alvin Chong, Michael Ang Berang Ustaz Abu Syafiq Nak Hapuskan Tulisan Cina

“Salam semua. Okay I think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don’t like how I look now! Love you all and stay safe!” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen akui terkejut dengan perubahan mendadak Michael apabila dia berkongsikan hilang sebanyak 52 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan bariatric sleeve pada tahun 2018.

“Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan pembedahan terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan..

Michael berkata, dua tahun sebelum menjalani pembedahan tersebut dia cuba untuk mengamalkan diet tetapi sering gagal. Ujarnya, selepas penbedahan dia tidak mengalami diabetes lagi dan nafas saya tak mengah seperti dulu.

Melihat susuk tubuhnya yang semakin mengecil, Michael akui risau dengan penampilannya. Kata Michael lagi, dia sendiri merasakan kelihatan buruk jika dirinya terlalu kurus.

“Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat.

“Sebab, saya sendiri rasa saya ‘buruk’ apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses ‘pengecilan’ badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh,” katanya lagi.