fbpx

Masih belum reda kontroversi terpalit Ustaz Abu Syafiq, nampaknya timbul satu lagi isu baru apabila tular satu video memapakarkan pendakwah itu mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar menghapuskan tulisan Cina.

Video tersebut dipercayai rakaman lama dipercayai tular di laman Twitter sekaligus mencetuskan kemarahan netizen. Perkara itu turut mendapat reaksi daripada pelakon Alvin Chong dan Michael Ang yang berang dengan cadangan pendakwah bebas itu.

BACA: “Saya Tak Akan Mohon Maaf Sebab Saya Tak Buat Salah”

Alvin berkata tindakan pendakwah itu hanya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kaun dan menggugat perpaduan negara. Alvin turut menyifatkan tindakan pendakwah itu sangat memalukan kerana menggunakan agama sebagai alasan.

Malah, Michael turut terkejut dengan kenyataan pendakwah itu. Katanya lagi, dia lebih rela berjiran dengan rakyat Rohingya daripada berjiran dengan individu rasis seperti pendakwah tersebut.

Perkongsian Alvin dan Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada segelintir meluahkan rasa sedih dan malu sebagai Muslim di atas tindakan Ustaz Abu itu.

 

 

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan dia juga kurang gemar dengan Ustaz Abu Syafiq semenjak isu memuat naik status didakwa memerli Ustaz Ebit Lew.