fbpx

Hikmah PKP, Aidil Aziz Dapat Solat Subuh Berjemaah Dengan Keluarga

Tidak dinafikan banyak hikmah diperoleh susulan pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Perkara itu turut diakui pelakon Aidil Aziz kerana dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga.

Menurut Aidil, berikutan tiada aktiviti seni sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia banyak melakukan aktiviti bersama keluarga serta berpeluang solat subuh berjemaah.

BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Dedah Wajah & Nama Anak

“Sebenarnya saya syukur sebab dah kahwin ada isteri dan anak-anak. Masa inila waktu yang sangat sesuai untuk kita luangkan masa bersama keluarga.

“Sekurang-kurangnya dapat lupakan masalah yang sedang melanda negara dan pada masa sama mencegah dari mengalami masalah kemurungan.

“Saya banyakkan aktiviti bersama isteri dan anak-anak. Selalunya selepas solat subuh berjemaah saya dan isteri akan membuat persediaan menguruskan anak-anak,” katanya.

Mengakui pendapatannya terjejas berikutan tiada penggambaran dijalankan, namun Aidil tetap bersyukur kerana mempunyai perniagaan sendiri.

“Walaupun masih tak tahu bila boleh jalani penggambaran tapi saya ambil itu secara positif memandangkan saya ada keluarga.

“Tidak dinafikan agak terkesan sebab bila shooting baru ada income terutama kru belakang tabir. Insya-Allah. Alhamdulillah, saya ada perniagaan yang membantu,” katanya.