fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Dedah Wajah & Nama Anak

Selemat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz semalam, menerusi perkongsian di Instagram Fasha Sandha mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Aisha.

Dalam entri tersebut, Fasha mengucapkan selamat datang buat puterinya itu dan mendoakan agar anaknya itu membesar menjadi seorang anak yang baik.

BACA:  Aidil Aziz Ambil Cuti Sebulan Jaga Anak & Isteri Berpantang

https://www.instagram.com/p/CDlUcyKFPk0/?utm_source=ig_embed

Dalam pada itu, Fasha Sandha turut mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan sokongan serta semua yang bersama-samanya sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pelakon itu diatas kelahiran cahaya mata. Mereka turut memuji wajah Aisha yang sangat comel dan mendoakan agar dia membesar menjadi anak yang solehah.