fbpx

Hikmah Duduk Di Rumah, Ernie Zakri Kini Sudah Berhijab

Mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, penyanyi Ernie Zakri akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Menerusi perkongsian terbaru di Intagram, Ernie memuat naik gambarnya berhijab.

Ernie berkata dia sedar banyak melakukan kesilapan dan sudah tiba masanya untuk berubah menjadi insan lebih baik secara perlahan-lahan. Katanya lagi, ada hikmah duduk dirumah sebalik Perintah Kawalan Pergerakan dimana dia mempunyai masa untuk muhasabah diri.

BACA: Peminat Pertikai Ernie Zakri Tak Menang Vokal Terbaik AJL34

“Saya berharap semua orang boleh mendoakan saya untuk istiqamah. Sebenarnya perasaan nak bertudung sebelum tunaikan umrah tapi kadang-kadang biasalah manusia ada memikirkan soal komitmen kerja.

“Tetapi ada hikmah juga saya rehat daripada kerja, duduk rumah dan banyak saya fikir. Jadi inilah masa paling tepat untuk saya buat keputusan berhijrah.

“Saya kena fikirkan diri saya juga. Kita manusia biasa, banyak buat kesilapan dan tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit mana yang mampu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ernie berharap dia berharap peminat tidak keliru dengan penampilannya apabila menonton apa sahaja program yang memaparkan dirinya tidak bertudung kerana itu adalah rakaman lama.

“Kalau ada peminat atau penonton yang menonton saya masih free hair di mana-mana program TV itu adalah rakaman lama sebelum saya bertudung.

“Saya bimbang orang akan keliru. Insya-Allah, selepas ini saya akan memakai pakaian bersesuaian dan mengikut syariat Islam yang sudah ditetapkan,” katanya.