fbpx

Peminat Pertikai Ernie Zakri Tak Menang Vokal Terbaik AJL34

Boleh dikatakan Anugerah Juara Lagu 34 yang berlangsung semalam sememangnya cukup sengit. Rata-rata yang bertanding, berusaha sehabis mungkin untuk memberikan persembahan terbaik untuk memukau para juri.

Bagaimanapun, kemenangan Hafiz Suip untuk Vokal Terbaik dipertikaikan ramai pihak terutama peminat Ernie Zakri yang beranggapan penyanyi wanita itu lebih layak menang kerana vokalnya yang mantap.

BACA: Sumpah Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34)

Kata netizen lagi, sememangnya Hafiz pernah memenangi vokal terbaik tetapi pada persembahan semalam Ernie lebih layak menang.

Namun, ketua juri AJL34 Ajai menegaskan pemilihan Hafiz Suip sebagai pemenang anugerah vokal terbaik adalah tepat. Ujarnya lagi, kekuatan vokal Hafiz sangat hebat kerana tak ramai penyanyi mampu sampai ke tahap itu.

“Memang kita tahu Ernie ada vokal yang bagus, tapi bila bercakap tentang Hafiz Suip, satu benda ramai penyanyi tak boleh buat apabila dia berhentikan muzik, dia tampil semula dengan nada dan feel yang sama, itu sesuatu yang hebat, tak ramai penyanyi boleh buat.

“Bila muzik tu diberhentikan, penyanyi stop sekejap kemudian kembali dengan feeling yang sama, hanya mereka yang terpilih sahaja mampu buat begitu,” katanya.

Apa pun mungkin bukan rezeki untuk Ernie kali ini dan juri profesinal sudah pun membuat penilaian siapakah yang lebih layak untuk memenangi anugerah tersbeuut.