fbpx

Hidup Sunyi, Ahmad Iqbal Luah Hasrat Nak Ambil Anak Angkat

Mengakui kehidupannya kini sunyi, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk mempunyai anak, Iqbal berkata dia bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan sudah tiba masanya dia memikirkan untuk mengambil anak angkat.

BACA: Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Dalam

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. Baru-baruini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat.

“Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirnya tentang anak angkat,” katanya.

Sebelum ini, Iqbal ada berkongsikan foto seorang wanita Indonesia yang sarat hamil. Melihatkan foto berkenaan individu tersebut merupakan penyanyi kontroversi, Lucinta Luna.

Kata Iqbal lagi, buat masa ini dia masih belum terbuka hati lagi untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan cintanya dengan Vida putus.

 

“Kalau pasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia.

“Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak. Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” katanya.