fbpx

“Hidup 100 Tahun Belum Tentu Dapat Bayar RM100,000”

Tersentak mendengar keputusan mahkamah, Muhammad Izwan Shah meluahkan rasa bersyukur tidak dipenjarakan namun baginya hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk membayar RM100,000.

BACA: Sebar Munafik 2 Di Laman Sosial, Kena Saman RM100,000

“Saya yang bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Production terutamanya kepada Datuk Yusof Haslam dan anak beliau Syamsul Yusof kerana saya telah menyusahkan Datuk dalam beberapa bulan ini”

“Saya sekali lagi dengan rasa rendah diri menyatakan saya amat menyesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan. Tindakan makhamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100,000 betul-betul membuatkan saya tersentak”

“Biarpun sepanjang hayat saya bekerja keras semata-mata untuk membayar gantirugi kepada pihak Skop, nilai RM100,000 tu teramatlah besar bagi orang biasa macam saya, mustahil untuk saya mendapatkan jumlah tersebut walau saya dapat hidup 100 tahun sekalipun”

“Tapi saya sangat-sangat bersyukur,kerana tidak dikenakan hukuman penjara. Sekurang-kurangnya saya masih berkesempatan untuk menjaga kedua dua ibu bapa saya yang kian meningkat usia,” jelasnya kepada Astro Awani.

Terdahulu mahkamah Majistret Taiping Asmadi Hussin mengarahkan Muhammad Izwan Shah untuk membayar RM100,000 kepada Skop Productions pada Selasa bagi kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di media sosial. (rtky/w)