fbpx

“Hidung Saya Memang Jenis Mancung Sejak Azali Lagi”

Jika sebelum ini kemelut rumah tangganya menjadi perhatian ramai, namun kali ini isu lain timbul apabila ada yang mendakwa isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa melakukan suntikan filler bagi mendapatkan hidung yang mancung.

Bagaimanapun, Hana menafikan dakwaan liar itu serta menjelaskan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan kecantikan pada hidungnnya. Katanya lagi, hidungnya sememangnya mancung sejak lahir lagi.

BACA: Hana Azraa Sudah Jemu & Muak, Bakal Bercerai Dengan PU Abu

Isu tersebut timbul apabila netizen membandingkan hidung anaknya yang seolah-olah tidak mewarisi ciri-ciri mancung sepertinya. Hana berkata mungkin anak-anaknya mewarisi genetik hidung bapa mereka.

“Pulak dah. Dok buat isu saya filler hidung pulak. Korang ni macam-macam betul lah. Nak buat macam mana dah memang hidung saya jenis mancung. Tak ada sebab saya nak buat filler hidung bagai nah.

“Anak-anak saya hidung mereka tak berapa nak mancung nak buat macam mana. Tuhan cipta lagu tu, selain ikut hidung bapa mereka lah kot. Haha,” jelasnya lagi.

Hana mendirikan rumah tangga dengan PU Abu pada Mei tahun lalu dan baru dikurniakan cahaya mata, Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.