fbpx

Hana Azraa Sudah Jemu & Muak, Bakal Bercerai Dengan PU Abu

Awal tahun ini, rumah tangga apabila Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menjadi bualan ramai apabila isterinya Hana Azraa mendedahkan suaminya berlaku curang serta mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandalnya.

Terbaru, Hana yang baru melahirkan cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan pendakwah bebas itu memaklumkan bahawa dia dan PU Abu sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada lagi persefahaman.

BACA: Hana Azraa Bakal Dedah Bukti Kecurangan PU Abu

“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya kepada Harian Metro.

Tegasnya, isu yang berlaku dalam rumah tangganya bukanlah perkara baru dan mengakui sudah mula jemu dan muak untuk dengan keadaan itu. Katanya lagi, mereka akan menguruskan proses perpisahan mengikut prosedur mahkamah.

“Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.

“Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengatakan apa yang berlaku dalam rumah tangganya itu adalah kifarah buatnya, Hana berkata dia sudah tidak peduli dengan apa yang orang katakan.

“Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain). Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap,” katanya.

Terdahulu, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya ketika sarat hamil selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.