Penyanyi Azeva menafikan tuduhan yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik untuk memancungkan hidung.
Memetik HibGlam, Azeva berkata hidungnya adalah semula jadi dan sering menerima pertanyaan netizen mengenai perkara itu.
BACA: “Azeva Ada Pakej Lengkap Untuk Pergi Lebih Jauh Sebagai Penyanyi”
“Orang selalu tanya kenapa sering gosok hidung sehingga ada yang persoalkan sama ada saya buat hidung atau tidak.
“Cuba tengok hidung saya ini, macam burung belatuk (paruh). Kalau saya buat, pastinya nak hidung seperti anak patung Barbie,” katanya.
Sementara itu, Azeva berkata hidung mancungnya itu diwarisi daripada ibunya iaitu penerbit terkenal Datuk A Aida serta menegaskan dia tidak melakukan sebarang pembedahan pada hidungnya.
“Apa pun, hidung mancung ini adalah dari keturunan mama saya. Tengoklah mama saya, cantik macam mana pula. Saya memang tidak melakukan sebarang pembedahan buat hidung, janji,” katanya.
Sumber: HibGlam