fbpx

Isteri Arwah Abam Syukur Perniagaan Cempedak Goreng Dapat Sambutan

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah. Difahamkan, Hidayah kini sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng di Sabak Bernam, Selangor.

Akui sangat suka berniaga, menurut Hidayah dia memulakan perniagaan kecil-kecilan itu bersama adik iparnya beberapa minggu lalu memandangkan anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah kini sudah pun berusia setahun.

BACA: Anak Arwah Abam Sambut Hari Jadi Pertama Tanpa Ayah Disisi

https://www.instagram.com/p/CC29iyEhLy0/?utm_source=ig_embed

“Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.

“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya. Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga,” katanya kepada Astro Gempak.

Sambutan diterima menggalakkan, Hidayah meluahkan rasa syukur apabila tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan sehingga tidak menang tangan. Malah, jualan cempedak gorengnya itu sering cepat habis.

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan.

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,” katanya lagi.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.