fbpx

Hidayah Dedah Media Sosial Milik Arwah Abam Digodam

Selepas pemergian suami tercinta, satu demi satu dugaan menimpa balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah. Kemelutnya dengan Ali Puteh kembali menjadi bualan ramai, nampaknya Hidayah berdepan dengan sikap dengki manusia pula.

Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Hidayah mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil akaun media sosial suaminya. Perkara itu disedarinya selepas gagal masuk ke akaun Facebook milik suaminya awal pagi tadi.

BACA: Nor Hidayah Sayu Perkataan Pertama Anak Sebut Adalah ‘Ayah’

“Ada yang cuba ambil atau godam Facebook Syed Umar Mokhtar, arwah suami saya. Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah, tapi sekarang tak boleh boleh buka,” katanya.

Kata Hidayah lagi, mustahil akaun tersebut dapat dinyahkatif secara automatik selepas arwah meninggal dunia memandangkan akaun tersebut menggunakan alamat emailnya sebagai pengesahan masuk.

“Email memang saya punya tapi nama FB Syed Umar Mokhtar memang dah tak ada,” jelasnya.

Dalam entri itu, Hidayah turut berkongsi paparan Facebook yang menunjukkan akaun milik suaminya itu sudah berstatus ‘disable’.

Diruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Hidayah dapat bersabar dengan apa yang dilaluinya. Malah, netizen turut meluahkan rasa berang di atas tindakan tidak bertanggungjawab itu serta mempersoalkan mengapa pihak tersebut busuk hati dengan Nor Hidayah.