fbpx

Nor Hidayah Sayu Perkataan Pertama Anak Sebut Adalah ‘Ayah’

Kemelut antara Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah kembali menjadi bualan ramai apabila pelawak itu mendakwa tidak dibenarkan berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah kini berusia 11 bulan.

Memetik laporan mStar Online, bagaimanapun Nor Hidayah enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya serta anaknya.

BACA: Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim

Nor Hidayah turut berkongsikan berkembangan terbaru anaknya itu yang sudah mula pandai bercakap dan berjalan. Namun, Hidayah meluahkan rasa sayu kerana perkataan pertama yang disebut oleh anaknya itu adalah ‘ayah’.

Kata Hidayah, anaknya itu sudah pandai berjalan sambil tercari-cari ayahnya. Malah, setiap kali tidur anaknya tidak pernah lepas memeluk gambar ayannya.

“Sekarang Hamzah dah pandai berjalan sambil tercari-cari ayahnya. Bila nampak gambar ayahnya yang saya tampal di dinding, perkataan pertama yang Hamzah sebut adalah ‘ayah’”

“Sayunya hati saya bila perkataan pertama yang disebut adalah ‘ayah’. Setiap kali dia nak tidur, mesti dia akan peluk gambar ayahnya dan terus tidur,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hidayah mengakui terkesan dan sedih apabila menjalani ibadah puasa tanpa suami di sisi. Ujarnya, kebiasaannya dia dan arwah akan masak bersama untuk menyediakan juadah sahur dan berbuka.