fbpx

Scha Elinnea Padam Gambar Seksi, Mahu Jadi Lebih Baik

Sering menerima komen negatif, pelakon Scha Elinnea mendedahkan mahu cuba belajar berubah, untuk menjadi individu yang lebih baik.

Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 22, mula memadam foto yang terlalu seksi di Instagram selain mengambil teguran positif dari warganet.

“Kita sebagai manusia boleh berubah. Saya tak nafikan ada warganet yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya sebelum ini.

“Selalunya, saya akan balas, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah, saya kini sudah pun padam banyak gambar di Instagram.

“Teguran yang diterima lebih kepada membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan,” kata Scha.

Dia pada masa sama mengakui belajar untuk menerima teguran, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sistuasi pandemik COVID-19 ketika ini.