Heliza Helmi Dikecam Kongsi Foto Tutup Sebelah Mata
Umum mengetahui, Heliza Helmi antara selebriti yang aktif menyertai dalam misi keamanan dan kemanusian membantu saudara Islam di Palestin dan Syria. Baru-baru ini, perkongsian Heliza mendapat perhatian ramai apabila berkongsikan fotonya menutup sebelah mata dengan kapas putih.
Bagaimanapun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang tidak faham dengan tindakannya itu. Malah ada netizen yang menuduhnya meniru artis iluminati.
BACA: “Pernah Berdepan Senapang Di Bawah Dagu, Saya Impi Mati Syahid”
Tidak hanya berdiam diri, Heliza membalas komen netizen tersebut bahawa tindakannya itu adalah sebagai tanda solidariti terhadap seorang wartawan Palestin, Muath Armaneh yang buta akibat ditembak tentera Israel.
Malah, ramai netizen tampil mempertahankan Heliza serta menjelaskan keadaan sebenar dan menyifatkan individu tersebut terlalu cepat menuduh kerana mungkin tidak mengambil tahu tentang isu dunia.
Macam-macam hal netizen ni, cepat sangat melatah tentang sesuatu perkara tanpa mengetahui hal sebenar. Apa pun diharap netizen tersebut lebih peka dengan apa yang berlaku di dunia.
- SUMBER
- Astro Gempak
Citer illuminati ni mmg propaganda yg sengaja dibesar2kan utk menunjukkan kononnya bangsa mrk tu elit sngt. Pd hal dlm Quran Allah dah kisahkan mcm2 kaum yg cuba menentang Allah akan binasa jugak. Jd kalau betul kita anti kaum illuminati ni jgn ikut cara hidup mrk, hindari budaya dan amalan mrk..
Heliza illuminati? Kah3 vengong nk mam netizen Msia. Nk kata alim ke laut gk. Bab gossip no 1. Tp diorg punya sembang cas2 cm ustaz Auni jek..kah3
This very article shows that even with smart phones,
…can’t fix some people’s stupidity and ignorance.
Some people believe rumors and folklore faster than what certain news provide. Can’t blame them though, sometimes the media only choose to report about artist or politics more.
ini pasal reporter yang kene tembak kat mata di palestin or israel like that la. nonsense yg ckp illuminati bagai ni . lmao
Yg ckp iluminati bagai ni i wonder la page apa korang follow kat social media korang sampai jadi katak bawah tempurung kaw2 punya? Berita besar satu dunia pasal reporter kena tembak dgn israel sampai buta sebelah mata pun tak tau? Sibuk sgt dgn tik tok? Taksub sgt dgn teori konspirasi sampah? Ptuih meleis
lenyap terus nuha_muslimstore,,, apa kes malu ke??? lainkali study duu baru komen..
sah sah smbunyi,,,maklumlah,, muslimah sangat
conspiracy mmg ada. tapi tak semua benda harus libatkan conspiracy. sama jugak ustaz temberang ada. tapi tak semua ustaz temberang. da sebut nama tuan badan, kalau salah fitnah. kalau tak suka ustaz tu, diam je la. dedah nama dia kat public, niatmu apa? kata org bergossip, tidakkah kamu juga bergossip? dah kalis dosa ke sampai disebut namanya skali? dia ada buat salah yg teramat ke sampai terangan dia berdosa? tak terfikir ke kalau dia benar di sisi Allah, kita da aniaya org yg Allah syg? sy paling takut fitnah, lebih buruk dari bunuh org, apalagi org yg Allah syg sebab sy dengar dosanya berlipat ganda. nasihat sy, nak komen berpada2. kalau setakat nak lepaskan geram tak usah di socmed sebab semua org nampak. kalau tak tahan, lepaskan geram di rumah je, sebab bila kita dah sedar kita salah, kita minta ampun dgn Allah aje. ni dah org lain tau kita burukkan ustaz tu, mcm mana nak mintak ampun? sy tak bela sesiapa. cuma sy gerun tgk org zaman skrg komen sesuka hati tak fikir syurga neraka. nauzubillah min zalik