fbpx

Hefny Sahad Nafi Punca Nad Zainal Putus Cinta

Hefny Sahad who? Exactly. Baru baru ini kisah putus cinta pelakon Nad Zainal mendapat perhatian ramai lebih lebih lagi apabila bekas kekasihnya Azwan Kombos mengakui tidak tahu apa apa tentang perpisahan mereka.

BACA: Azwan Kombos Terkejut Putus Cinta, Mahu Bersemuka Dengan Nad Zainal

Dalam kenyataan kepada media juga, Azwan Kombos membayangkan yang wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka namun tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana pada beliau hanya Nad Zainal yang tahu jawapan sebenar.

Ada khabar angin mengatakan yang Hefny Sahad, pelakon baru yang membintangi telefilem Mengintai Syurga Mama bersama Nad Zainal sebagai punca perpisahan mereka selepas masing masing menjalinkan cinta lokasi.

“Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain. Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri”

“Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai,” jelas Nad Zainal kepada mStar Online hari ini.

Manakala Hefny Sahad pula terkejut apabila didakwa menjadi punca perpisahan Azwan Kombos & Nad Zainal selain berkata pasangan itu sudah putus cinta sebelum mereka bersama sama jalani penggambaran telefilem itu.

“Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu. Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka,” jelas Hefny Sahad yang juga merupakan wartawan penyiaran Astro Awani. (rtky/m)