Mungkinkah ini bakal menjadi drama salah faham terbaru dalam industri hiburan hari ini? Terdahulu menerusi program sensasi Melodi hujung minggu lalu, Nad Zainal mendakwa yang hubungannya dengan Azwan Kombos sudah berakhir.
BACA: Nad Zainal Akui Putus Cinta, Minta Masyarakat Tidak Pertikai
Manakala Azwan Kombos yang kami hubungi sebentar tadi berkata yang beliau sebenarnya tidak tahu menahu tentang kenyataan terbaru Nad Zainal itu dan mendakwa tiada sebarang perbincangan antara mereka tentang perkara ini.
“Saya tidak tahu apa apa, tahu tahu sahaja Nad beritahu kami sudah putus. Saya tahu pun bukan terus dari dia tapi dari media sosial semalam. Saya sangat terkejut. Setahu saya kami tiada masalah. Beberapa hari lepas kami masih keluar bersama, tiada gaduh”
“Cuma akhir akhir ini dia bersikap dingin dengan saya dan bila saya tanya melalui SMS dia jawab enough is enough. Mak Nad sendiri ada tanya saya apa yang sedang berlaku dan saya jawab saya sendiri tidak tahu,” jelas Azwan Kombos.
“Rasanya perlu tanya kepada Nad sendiri. Kalau nak kata dia ada orang lain, mungkin ya mungkin tidak. Nad seorang sahaja ada jawapan untuk apa yang berlaku sekarang ini”
“Kami sudah bersama 3 tahun dan 5 bulan, apa apa pun saya hormati keputusan dia cuma saya sekarang ini ingin berjumpa dan meminta penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa saya perlu tahu dari orang lain?” tambahnya lagi. (rtky/bsr)