Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata tunggalnya, Hawra Uqaira dalam hidupnya.
Memetik Oh Bulan, Kamal berkata dia anaknya membuatkan kehidupannya ada tujuan dan apa saja yang dilakukan adalah demi Hawra.
BACA: “Ayah Dia Paling Beria, Ibu Hawra Pun Ada” – Kamal Adli Teruja Teman Anak Ke Playschool
“Saya sangat-sangat bersyukur ada Hawra. Saya tak sangka Hawra bagi saya satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Dia buat hidup saya macam ada satu tujuan. Macam mana saya nak bekerja, semuanya saya lakukan hanya untuk dia,” katanya.
Sementara itu, Kamal berkata dia mahu menikmati momen bersama anaknya kerana baginya ianya hanya akan dilalui sekali seumur hidup.
“Saya tahu dia akan besar nanti, jadi saya nak hargai momen yang saya ada bersama dia sekarang sebab saya hanya ada dia saja buat masa ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal turut mendoakan anaknya menjadi seorang yang solehah dan menghormati orang lain.
“Saya doakan anak saya jadi seorang anak yang baik, solehah dan jadi anak yang friendly, tahu menghormati orang, sayang orang. Paling penting ialah hormat orang, tahu bawa diri macam mana,” katanya.
Sumber: Oh Bulan