fbpx

Hawa Rizwana Memilih Soal Pasangan, Mahu Lelaki Penyabar

Berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa dengan CGPA 3.78, pengacara Hawa Rizwana menyifatkan keputsannya untuk meninggalkan kerjaya wartawan berbaloi.

Memetik mStar Online, Hawa meluahkan rasa syukur dikelilingi ramai orang yang memahami terutama pensyarah yang banyak membantu apabila dia tidak dapat mengikuti kuliah.

BACA: Hawa Rizwana Akui Bukan Mudah Ganti Tempat Neelofa 

“Sebenarnya saya tak sangka habis pada waktu yang tepat sebab masa itu saya kerja sebagai wartawan kadang-kadang kita tak ada cuti, kerja tak menentu.

“Selepas fikir-fikir, saya terpaksa berhenti sebagai wartawan tapi saya dapat tawaran lain yang tak kacau kelas. Jadi, saya hanya fokus kepada pengacaraan sahaja. Sebab kelas waktu itu tiga kali seminggu, namun kerja tak tentu masa,” katanya.

Ditanya mengenai status dirinya, Hawa mengakui dia masih solo dan sedang mencari seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Bagaimanapun, Hawa mengakui dia seorang yang memilih untuk mencari lelaki yang betul-betul sesuai dengannya.

“Belum ada calon lagi. Kita kawan-kawan dengan orang, kalau ada jodoh yang baik serta sesuai dengan kita dan mak ayah pun gembira kenapa tidak.

“Memang kena memilih kut, kita ini tak sempurna dan ada kekurangan jadi kita perlukan seseorang yang selesa. Tapi tak ada yang datang dekat pun, macam mana?” katanya.

Dalam pada itu, Hawa berkata buat masa ini dia tiada perancangan untuk berkahwin kerana mahu menikmati zaman bujang terlebih dahulu serta mahukan seorang lelaki yang penyabar. 

“Yang nak berkawan itu ada tapi serius belum lagi. Sekarang ini belum rasa nak kahwin tapi tak ada letak target lepas habis master terus nak kahwin. Apabila dah puas berdikari dan meneroka, kalau ada yang terbaik untuk kita InsyaAllah.

“Saya nak lelaki yang penyabar tapi as long we perfect for each other… saya pun tak kisah kalau pasangan saya itu orang dalam industri juga. Kawan-kawan ada juga cakap kalau dah jumpa yang tepat akan rasa nak kahwin terus saja. Sekarang masih belum jumpa lagi,” katanya.