fbpx

Hawa Rizwana Diumum Hos Tetap MeleTOP

Teka-teki mengenai siapakah hos tetap program MeleTOP akhirnya terjawab apabila personaliti televisyen, Hawa Rizwana diumum untuk bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Perkara itu diumumkan sebentar tadi menerusi siaran langsung rancangan berkenaan dan turut dikongsikan menerusi Instagram MeleTOP.

BACA: Sakan Berkaraoke, Hawa Rizwana Dikecam Berpakaian Ketat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

“Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama hos ku seorang! Agituuuu min pon berpantun! Tu dia hos baru kita, Hawa Rizwana,”tulis posting tersebut.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Hawa yang diumum sebagai hos tetap program berkenaan.

Terdahulu, selebriti popular Neelofa mengundurkan diri sebagai hos program tersebut pada Disember 2019. Sejak dari itu, tiada pengganti hos baharu sebaliknya digantikan dengan hos jemputan setiap minggu.