fbpx

Sakan Berkaraoke, Hawa Rizwana Dikecam Berpakaian Ketat

Sebut saja nama personaliti TV dan penyampai radio, Hawa Rizwana pasti ramai mengenalinya apatah lagi gadis itu dikatakan saling tidak tumpah selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Baru-baru ini, perkongsian Hawa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya sedang sakan berkaraoke.

BACA: Hawa Rizwana Betulkan Tudung Fazura, Ramai Ingatkan Neelofa

Namun apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah penampilan Hawa apabila seluarnya yang dikatakan terlalu ketat dikritik netizen.

https://www.tiktok.com/@hawarizwanaredz/video/7107140555741646106?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Diruangan komen, ada netizen yang meluahkan rasa sedih melihat cara pemakaian Hawa serta ada yang menegur supaya memakai seluar yang lebih longgar.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan seluar adik siapa yang dipakai oleh Hawa. Namun, disebalik kecaman, ramai yang mendoakan agar diberikan hidayah.

Sementara itu, memetik mStar Online, Hawa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan teguran kepadanya serta mengambil iktibar.

“Mungkin orang biasa lihat penampilan saya di kaca televisyen menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video itu adalah gaya kasual yang biasa saya pakai apabila keluar.

“Terima kasih atas komen-komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.