fbpx

Hawa Rizwana Bukan ‘Taste’ Zizan Razak

Dilihat sering berbalas komen di Instagram masing-masing dan melakukan aktiviti riadah bersama, Zizan Razak dikaitkan pula dengan penyampai berita dan pengacara Wanita Hari Ini iaitu Hawa Rizwana Redzuan.

Mengakui Hawa seorang gadis yang baik, bagaimanapun pelakon dan pelawak itu berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap personaliti televisyen itu dan hanya menganggap sebagai adik sahaja.

BACA: Zizan Razak Bertunang Dengan Gadis Terengganu?

“Saya pun tak tahu kenapa digosipkan dengan Hawa. Saya anggap dia sebagai adik sahaja tak lebih daripada itu. Saya juga tak pernah ada perasaan kepada dia

“Pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja. Cara mengayuh pun menunjukkan dia seorang yang fokus dengan apa yang dia buat,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Zizan, dia tidak mahu gosip seperti itu menjejaskan nama baik kedua-dua belah pihak kerana mereka berdua mempunyai kerjaya masing-masing.

Zizan juga akui risau andai spekulasi mengenai mereka berdua itu akan mendatangkan perkara tidak baik pada masa akan datang.

“Saya pun tak nak orang bercerita begini sampai jadi gossip orang mula percaya yang kami ada apa-apa. Kalau tak fasal mengayuh, kami tak berhubung pun,” katanya.

Zizan menyifatkan cubaan mereka yang mahu menyatukannya dengan Hawa adalah tidak masuk akal kerana gadis itu terlalu muda dan kerjayanya dalam industri media juga masih baru lagi.