fbpx

Zizan Razak Bertunang Dengan Gadis Terengganu?

Baru-baru ini timbul desas-desus mendakwa pelakon dan pelawak, Zizan Razak dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang berasal dari Terengganu.

Menafikan dakwaan tersebut, Zizan akui terkejut dengan khabar angin itu kerana dia sendiri tidak tahu menahu tentang berita itu. Mengakui masih solo, bagaimanapun Zizan menganggap ianya sebagai satu doa.

BACA: Zizan Razak Doakan Mira Filzah Bahagia

“Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu. Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.

“Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Zizan berkata jika ia benar-benar terjadi, dia tidak akan menyembunyikan perkhabaran gembira itu daripada umum dan pihak media.

“Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja,” katanya lagi.