Tauke Jambu Tak Setuju Hattan Digesa Buat Permohonan Maaf
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi melibatkan penyanyi Datuk Hattan yang dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung sehingga dikecam teruk oleh netizen.
Malah, turut menjadi bualan apabila pihak pemberita turut memaklumkan sudah memberi briefing sebelum membuat temu bual.
BACA: Rakan Dakwa Hattan Tak Tahu Itu Program Live?
Perkara itu turut mendapat perhatian pelawak Tauke Jambu yang tidak bersetuju dengan tindakan Persatuan Wartawan yang menggesa Hattan untuk membuat permohonan maaf.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Tauke berkata jika situasi berlaku sebaliknya tiada pula wartawan yang memohon maaf jika tersilap membuat laporan mengenai artis.
“Saya memang tak berapa setuju dengan cara Dato’ Hattan ‘mengkritik’ wartawan tersebut. Tetapi saya pun tak setuju kalau artis kena mohon maaf kalau buat silap.
“Kalau wartawan buat silap, artis jadi kambing hitam? Apa cerita? Hidup kena adil, cerita buruk artis saja keluar. Apa masyakarat memang suka baca perihal keburukan dari kebaikan? Mana pergi banyak persatuan insan-insan seni?” katanya.
Dalam pada itu, Tauke turut mengagumi dengan semangat persatuan wartawan yang bertindak pantas dalam mempertahankan ahlinya.
“Tetapi artis mostly selfish! Kalau kena, lantak kaulah. Dari sekarang kena fikir geng, semua kena kerjasama. Mereka (wartawan) menulis adakalanya penyebab kepada keruntuhan rumah tangga seseorang, hilang punca rezeki dan macam-macam.
“Kalau nak kenyang, biar sama-sama kenyang. Jangan awak kenyang, orang lain kebulur,” ujarnya.
Sementara itu, Tauke berkata kemunculan awal penulisan media adalah untuk membela masyarakat daripada ditindas dan dizalimi, namun perkara itu tidak lagi berlaku lagi.
- SUMBER
- The Reporter
Tu laa kdg mcm pelik gk mcm besar sngt isu ni. Bukan dia maki mak bpk bdk tu ke, bkn dia kata ko ni sekolah mana bodoh bonar ni? Kalau ikut stail org nogori dan melaka sebenarnya cara mrk lbh kasar dan direct jek kalau bahasakan org.
Minta maaf tu klu dari diri sendiri, senang shj sebenarnya tp bila disuruh oleh org lain tu yg sukar
biasalah Tauke.. kau pun seangkatan bodoh mcm Hattan..
Tauke ni dah tak relevan dalam dunia hiburan, hilang dia pun netizen x kisah sebab tidak memberi kesan, lakonan ala kadar, lawak biasa biasa aje, so bila sendu mula cari publisiti
org dah x igt pun pada si togey ni. hidup lg rupanya..
Tokey NI sikapnya bermasaalah, lawak merapu eloklah Tu boleh duduk serumah dgn hattan ngok! Sama2 bodoh! Tokey NI dia anti reporter sbb dik perangai tokey yg buruk mmglah reporter KENA lapor! Dah perangai buruk mestilah reporter lapor! Tu psl DIA sokong hattan sbb dua2 2×5 ?????
Aku tak setuju tokey jambu tak setuju hattan digesa buat permohonan maaf sbb mamat ni punya buah fikiran selalunya tersangatlah lemau takde substance lansung. Dia ni merapu tak tentu hala tujuan terlajak sesat minda.