fbpx

Hati Tak Tenang, Linda Rafar Mohon Maaf Pada Netizen

Umum mengetahui, terdahulu penyanyi Linda Rafar mengambil tindakan undang-undang terhadap lebih 100 netizen yang melemparkan kecaman keterlaluan sehingga memburukkan imej dan reputasinya berhubung isu fitnah jururawat.

Bagaimanapun, bersempena bulan Ramadan ini, Linda mengambil kesempatan untuk memaafkan netizen yang sebelum ini memfitnah dirinya serta tidak lagi menyimpan dendam.

BACA: Linda Rafar Tuntut Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM2 Juta

Dalam pada itu, Linda juga turut memohon maaf jika ada menyakiti hati sesiapa. Katanya lagi, meskipun tindakan undang-undang sudah pun diambil, namun dia mengakui hatinya tidak tenang.

https://www.instagram.com/p/BxMjYOLH8qB/?utm_source=ig_embed

Namun, ada beberapa pihak seolah tidak berpuas hati dengan permohonaan maaf itu serta mempersoalkan keikhlasan Linda. Malah, ada yang mendakwa cara Linda memohon maaf seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

Kata netizen lagi, kenyataannya itu bukan permohonan maaf dan seperti ada ego serta tiada langsung keikhlasan mahupun rasa kesal.

Difahamkan, permohonon maaf menerusi Instagram itu dibuat oleh Linda berdasarkan hasil persetujuan bersama Delegation of Nurses (Delegasi Jururawat) bagi menyelesaikan kes saman antara kedua belah pihak.

Dibulan mulia ini, baguslah jika kemelut tersebut sudah pun diselesaikan dengan cara baik. Apa pun diharap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran dan teladan buat semua.