fbpx

Linda Rafar Tuntut Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM2 Juta

Nampaknya isu antara penyanyi Linda Rafar dengan Delegasi Jururawat Malaysia (DON) masih tiada kesudahan. Baru-baru ini, Linda memaklumkan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) kerana menjejaskan reputasinya.

Linda memberitahu tindakan itu diambil selepas melihat tiada sebarang reaksi positif daripada pihak DON. Ujarnya lagi, sehingga kini tiada langsung maklum balas daripada pihak DON berkenaan surat tuntutan yang telah dihantar.

BACA: Ramai Mula Minta Maaf Takut Disaman Linda Rafar

“Peguam saya sudah menghantar surat tuntutan itu kepada pihak DON semalam (Khamis lalu). Namun, nampaknya masih belum ada sebarang maklum balas

“Sebelum ini, saya dah berikan peluang kepada mereka untuk memohon maaf. Saya masih lagi punya perikemanusiaan dan terbuka untuk berbincang.

“Namun, nampak gayanya pihak sana pun semakin keterlaluan dalam memanipulasi cerita, kononnya, seperti mereka pula yang menjadi mangsa.

“Daripada apa yang saya dengar, mereka ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta. Dari situ, jelas sekali mereka yang pada awalnya tiada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan sebelum ini, ingin mengaut keuntungan semata-mata,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, peguam Linda memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Pada Januari lalu, Linda menuntut lebih 100 individu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan atau berdepan tindakan saman daripadanya.