fbpx

Hati Rossa Sudah Dimiliki, Nafi Dekati Mana Mana VIP Malaysia

We’re back! Dan kami rindukan anda semua. Ewah, macam sudah sebulan tidak menulis, walhal baru beberapa jam.

Hujung minggu lalu, melalui sebuah tabloid tempatan, ada gossip mengatakan Rossa kini di’miliki VIP Malaysia.

Bercakap kepada KOSMO! dalam temubual terbaru di kediaman baru Rossa, beliau menafikan gossip itu.

Dan, Rossa berasa sedih dengan penyebaran gossip itu kerana beliau rapat dengan rakan rakan media di’Malaysia. Beliau tidak menyangka ada wartawan akan menulis gossip tidak benar tentang diri’nya.

Darling, gossip will always be 50% true, 50% false alarm. We never know. Sebab itu namanya gossip, kalau benar kita panggil ia’nya berita.

Menariknya, Rossa mengakui hati beliau kini sudah di’miliki seseorang selepas wartawan bertanyakan kesibukan beliau membalas mesej di Blackberry ketika sessi temubual.

“Saya sangat bahagia. Saya juga sangat senang kerana saya mempunyai seseorang dalam hidup yang sentiasa memberikan kebahagiaan pada saya,” ujar Rossa.

Namun selepas itu, Rossa enggan mengulas lanjut perihal jejaka yang sudah berjaya bertakhta di hati beliau. Selamat hari raya Aidilfitri Rossa!