fbpx

Selepas gagal mendapat kerjasama suaminya untuk bercerai secara baik, Noniswara pada 9 Mei lalu telah memfailkan permohonan bercerai secara taklik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Tindakan permohonan cerai kali kedua itu menunjukkan Noniswara memang nekad untuk bercerai dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dan pelakon ini sendiri mengakui yang hatinya sudah tertutup.

“Hati saya sudah tertutup rapat dan saya sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru tanpa dia. Tambahan pula hampir setahun ini pun kami sudah tidak tinggal bersama dan menjalani kehidupan masing-masing”

Bercakap kepada mStar Online, Noniswara enggan mengambil tahu tentang apa apa gossip hubungan suami beliau dengan wanita lain kerana menganggap semua itu sudah bukan urusan dirinya.

“Dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa pun dan biarlah dia dengan kehidupannya,” tambah Noniswara yang mengakui tidak serik untuk terus berumahtangga tetapi enggan berbicara tentang pengganti ketika ini.