fbpx

Emma Maembong Jumpa Heliza Helmi Minta Nasihat

Mungkin masih mencari kekuatan diri sejak nekad membuat keputusan untuk membuka tudung, Emma Maembong nampaknya bertemu empat mata bersama dengan Heliza Helmi meminta kata-kata nasihat.

BACA: “Wajib Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu” – Ismail Embong

Menerusi Instagram, Emma telah memuat naik beberapa gambar memeluk erat Heliza, berserta dengan ucapan terima kasih buat Heliza yang sudi menemaninya ‘berborak’ sehingga pukul 3 pagi.

Tulis Emma lagi, banyak benda dapat dipelajarinya hasil daripada pertemuan itu. Manakala di ruangan komen pula, Heliza turut menulis sepotong doa panjang berserta sabda Rasulullah SAW buat Emma.

“Ya Allah, mereka yang sedang memberi komen ini menyayangi antara satu sama lain, maka jadikan kami penyebab orang lain makin dekat dengan-Mu, bukan makin jauh,” balas Heliza kepada Emma.

Biarpun keadaan masih tegang dengan cacian dan makian netizen terhadap keputusan Emma, namun ada segelintir peminat yang masih menaruh harapan tinggi buat pelakon itu agar bertudung kembali. (rtky/w)