fbpx

Minggu lalu, kami ada siarkan satu khabar angin yang ketika itu mula berlegar dalam industri hiburan mengatakan Presiden Persatuan Seniman, Harun Salim Bachik berniat untuk meletakkan jawatan.

Namun dalam kenyataan kepada media, Harun Salim Bachik menyangkal semua dakwaan tersebut — tetapi mengakui yang beliau sedikit kecewa dengan apa yang beliau mampu lakukan untuk Seniman.

Hari ini, kami sempat bertemu dengan Harun Salim Bachik untuk mendapatkan kepastian tentang apa sebenarnya yang berlaku dan beliau mendedahkan yang ada tuduhan liar dalam Seniman mengatakan ahli jawatankuasa beliau yang ada kini menyalahgunakan dana persatuan. 

Oleh kerana beliau ingin meredakan keadaan & membuktikan yang ahli jawatankuasa beliau telus, Harun Salim Bachik telah mengambil langkah memperlahankan aktiviti Persatuan Seniman. Maklumat lanjut dalam video di’atas. Heh.