fbpx

Harry Khalifah Tak Halang Anak Nak Kahwin Awal

Anak gadisnya Harry Khalifah  penyanyi Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam kini dikenali ramai selepas lagu single Sayunk I Love You menjadi siualan ramai serta tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, Chombi berkata dia tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan yang baik. Gadis berusia 15 tahun itu berkata lagi, dia belum yakin lagi untuk melakukan persembahan sendirian di atas pentas.

BACA: Harry Khalifah Tak Kisah Netizen Gurau Nak Jadi Menantu

“Saya masih baru sebagai penyanyi dan perlukan masa untuk memupuk keyakinan diri. Saya sebenarnya belum cukup yakin untuk melakukan persembahan pentas bersendirian tanpa ditemani ayah. 

“Buat masa ini, saya hanya boleh menyanyi jika ayah pun ada di pentas yang sama,” katanya.

Menurut Chombi lagi, melihatkan sambutan luar biasa diterima sekaligus menjadi pemangkin semangat untuknya berusaha menjadi penyanyi lebih baik.

Sementara itu, Harru berkata menjaga keselamatan Chombi apatah lagi ramai lelaki mula mendekati anak gadisnya itu serta mahu berkenalan. Bagaimanapun, Harry berkata dia tiada masalah jika ada yang mahu berkawan dengan anaknya.

“Sejak dari single pertama, Rindu Rindu dulu, memang ramai dah lelaki yang nak berkenalan dengan Chombi. Malah, ada penyanyi datang jumpa saya beritahu minat dengannya (Chombi), sampai tak boleh nyanyi kalau ada dia.

“Chombi masih bawah umur lagi. Jadi, kalau sekadar nak berkawan biasa saja, saya tiada masalah. Tapi, jika nak serius sampai mahu melamar dia, masih belum sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Harry berkata dia tidak cerewet dalam menentukan siapa yang boleh dan layak berkawan dengan anaknya, malah tidak kisah jika anaknya itu mahu berkahwin awal.

“Saya, bukanlah ayah yang cerewet. Kalau dia (Chombi) nak berkahwin awal sekali pun nanti, saya tak akan halang dan tiada syarat apa pun. Yang penting, orangnya baik dan boleh pimpin dia,” katanya.