fbpx

Harry Khalifah Tak Kisah Netizen Gurau Nak Jadi Menantu

Anak gadisnya penyanyi Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam kini dikenali ramai, Harry Khalifah berkata dia menerima banyak komen yang menawarkan diri untuk menjadi menantunya.

Memetik Xtra, Harry atau lebih mesra disapa Apak berkata dia terbuka menerima kedatangan lelaki yang ingin melamar anaknya itu.

Menurut Apak lagi, sebagai bapa sudah tentu dia akan tetap melindungi dan mengawasi anak kesayangannya itu apatah lagi Chombi baru saja berusia 15 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by APAK HARRY KHALIFAH (@harry_khalifah)

“Sebagai bapa, saya akan protect dia sebab dia masih lagi di bawah umur, masih 15 tahun. Kalau orang nak berkawan pun tiada masalah. Bab melamar kalau nak ikut dari segi pemilihan tu saya tak kisah, saya seorang yang terbuka.

“Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya boleh pimpin dia dah cukup tapi jangan dipukul anak saya, sebab saya tak pernah pukul dan jentik anak saya. Sebab saya awasi Chombi 24jam. Kalau saya takda, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia.

“Saya pun nasihatkan dia juga, macam mana pun dia masih 15 tahun. Selagi dia belum berkahwin dia di bawah jagaan saya sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Chombi berkata dia akan sentiasa memaklumkan kepada ibu bapanya jika ada lelaki yang ingin mendekatinya serta mengakui bapanya seorang yang garang.

“Saya akan bagitahu ayah tak pun mommy sebab walaupun saya rapat dengan ayah, saya bagi tahu mommy dulu sebab ayah ni garang. Saya takut,” katanya. 

Chombi baru sahaja muncul dengan lagu baru berjudul Sayunk I Love You. Baru sahaja tiga minggu dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudah mendapat sebanyak 5.3 juta tontonan.