fbpx

Harris Alif Enggan Berahsia Hubungan Dengan Intan Ladyana

Hangat diperkatakan mengenai kisah percintaan mereka yang berbeza usia 17 tahun, bagaimanapun ia tidak menghalang pelakon muda Harris Alif dan Intan Ladyana untuk terus menjalin hubungan cinta.

Mula menjalin hubungan istimewa sejak beberapa bulan lalu, Harris enggan terlalu berahsia mengenai hubungan cintanya dengan Intan kerana dia percaya lambat laun peminat dapat menghidu kemesraan cinta mereka.

BACA: Intan Ladyana Terima Hadiah Istimewa Daripada Harris Alif

“Saya bukan bersikap terlalu terbuka sebaliknya tiada apa yang perlu saya rahsiakan ketika ini kerana ramai sudah mengetahui kisah cinta saya bersama Intan.

“Bagi saya, tidak menjadi satu masalah kalau saya mengambil pendekatan ini kerana apa yang kami kongsikan bukan perkara jahat pun.

“Saya tidak dedahkan semua perkara mengenai hubungan saya di sosial media. Masih ada privasi dan cerita yang kami simpan berdua,” katanya kepada Harian Metro.

Kerajaan sudah pun memberi kelonggaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, bagaimanapun Harris berkata dia jarang bertemu Intan kerana masing-masing sudah sibuk dengan aktiviti seni masing-masing.

“Kami tidak kerap berjumpa atau menghabiskan masa bersama. Baru-baru ini, kami ada keluar berjumpa, itu pun bersama kawan-kawan.

“Lagi pula sejak PKPP ini aktiviti seni kami sudah kembali bermula. Jadi masing-masing ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan,” katanya.