Meskipun jarak usia 17 tahun, namun ia tidak menghalang Harris Alif dan Intan Ladyana untuk menjalin hubungan cinta. Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-38 tahun semalam, Intan menerima hadiah istimewa daripada kekasihnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan memuat naik foto hadiah sejambak bunga ros berwarna merah berserta kad ucapan romantis daripada Harris.
BACA: Harris Alif Belum Rancang Lebih Serius Dengan Intan Ladyana
https://www.instagram.com/p/CA7RGqdATlN/?utm_source=ig_embed
Pada kad tersebut, Harris berkata Intan merupakan seorang insan yang sangat istimewa dimatanya dan banyak mengubah dirinya. Dalam pada itu, Harris juga turut memuat naik fotonya bersama Intan berserta ucapan hari jadi buat kekasihnya.
Perkongsian Harris itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat pasangan tersebut. Malah, ramai yang mengatakan wajah Harris dan Intan seperti seiras.
Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini serta berharap hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.
Terdahulu, Harris berkata dia sudah mengenali Intan sembilan tahun lalu namun mula rapat semenjak beberapa bulan lalu apabila mereka sering berhubung. Harris mendedahkan dia terpikat dengan Intan yang mempunyai keperibadian baik.