fbpx

Agak lambat juga perkhabaran yang di’terima para peminat akan kelahiran bayi pertama pasangan yang comel ini.

Harith Iskander hari ini umumkan di Twitter yang isteri tersayang beliau, Jezamine Lim telah pun selamat melahirkan anak pertama mereka pada 8 Mac lalu.

Pasangan ini menamakan anak pertama mereka sebagai Zander Xayne Iskander & ini menimbulkan keraguan di’kalangan peminat akan jantina sebenar bayi ini.

UPDATE-1: Harith Iskander baru sahaja sahkan melalui SMS kepada kami yang anak pertama beliau & Jezamine Lim adalah lelaki.

Namun, melalui pertemuan akhir kami dengan Harith Iskander sebelum bermulanya Cuci The Musical, beliau berkata yang isteri beliau bakal melahirkan anak lelaki & kami harap ia’nya tidak berbeza dari apa yang di’beritahu doktor sebelum ini. 

Apa pun, tahniah buat Harith Iskander dan Jezamine Lim atas kelahiran Zander Xayne Iskander. Pasti anak mereka secomel pasangan ini — dan gambar akan di’paparkan jika kami terima nanti.