fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.576)

VIDEO HARI INI: Hero zaman kanak kanak kita semua, Teenage Mutant Ninja Turtles akan muncul di layar perak dalam versi lebih baru Ogos ini dan dalam trailer terbaru, musuh epik yang bernama Shredder mengesahkan kemunculan.

Hebat bintang Hollywood bernama George Clooney ini apabila kerajaan tempatan Itali telah pun meluluskan rang undang undang untuk melindungi privasi pelakon ini menjelang majlis perkahwinan beliau dengan kekasih Amal Alamuddin. – Us Weekly

Berniat untuk menyokong calon Presiden Indonesia pilihan beliau, Ahmad Dhani telah muncul dengan sebuah video klip menyatakan sokongan namun persalinan penyanyi itu yang mirip dengan seragam anggota Nazi mencetuskan kontroversi. – Kapan Lagi

Satu set tulisan tangan Bob Dylan lirik lagu popular 1965 berjudul Like a Rolling Stone telah dijual di rumah lelongan di New York pada harga US$2 juta dan memecahkan rekod jualan sebelum ini yang dipegang John Lennon dengan nilai US$1.2 juta. – People

Justin Bieber dikhabarkan telah terlibat dengan satu kemalangan kecil selepas satu insiden kejar mengejar dengan paparazzi di Beverly Hills namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan bukan penyanyi itu yang memandu ketika kejadian berlaku. – Huff. Post

Dompet ahli kumpulan Dynamic Duo, Choiza telah dijumpai oleh seorang peminat dan penemuan gambar Sulli dari kumpulan f(x) di dalamnya mengembalikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua memang bercinta. – allkpop