fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.575)

VIDEO HARI INI: Tolonglah sesiapa di Malaysia yang mahu buat versi tempatan video ini jemput kami sekali, mahu juga merasa menampar orang tidak dikenali. Apakah rasanya. Masukkan sekali beberapa selebriti tempatan untuk keseronokan maksima. Heh.

Siapa sangka yang antara selebriti paling popular di laman sosial Facebook ketika ini adalah Vin Diesel selepas akaun beliau mencatat bilangan pengikut melebihi 79 juta orang mengalahkan Presiden Barack Obama, One Direction, Beyoncé & The Beatles. – Mashable

Agensi Starhaus Entertainment mendedahkan yang bintang popular Korea, Lee Min Ho telah pun menerima lebih 100 tawaran dan skrip untuk setengah tahun pertama 2014 termasulah tawaran untuk berlakon di luar negara. Bertuah badan ‘kan. – Soompi

Media barat hari ini mengeluarkan laporan bergurau yang Queen Elizabeth II yang baru baru ini mengunjungi set penggambaran siri televisyen popular, Game of Thrones mahu menduduki takhta dan memerintah Seven Kingdoms. – The Verge

Pasangan selebriti ini nampaknya bakal menimang seorang lagi cahaya mata selepas Kristen Bell disahkan hamil baru baru ini dan beliau bersama Dax Shepard kini memiliki seorang anak perempuan berusia 13 bulan, Lincoln. Tahniah buat anda berdua (kalau faham)!- Just Jared

Belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun aktif menghadiri majlis hiburan dan berkata beliau masih dalam pantang namun tidak mahu terlalu mengikut peraturan selain akan keluar apabila berasa sihat. – mStar Online