fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.574)

VIDEO HARI INI: Kami pun bukan berani sangat tetapi reaksi pelakon Kevin Hart ketika menaiki roller coaster sebagai menyahut cabaran Jimmy Fallon memang kelakar. Berair juga mata bila mengenangkan ketakutan yang dialami, dua kali.

Hujung minggu lalu merupakan tempoh perlahan buat panggung wayang di Amerika Syarikat selepas filem terbaru Kevin Hart, Think Like a Man Too hanya berjaya mengutip US$30 juta dan itu merupakan filem terlaris ketika ini. – Huff. Post

Personaliti TV3, Nadia Annuar menjelaskan beliau dan Sammy Simorangkir belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan disebabkan masalah perbezaan agama & tidak akan memaksa kekasihnya itu untuk masuk Islam semata mata untuk berkahwin. – mStar Online

Bintang filem Teenage Mutant Ninja Turtles akan datang, Megan Fox memdedahkan dalam satu temubual bersama media yang beliau tidak membenarkan anaknya untuk menonton televisyen kerena bimbang pengaruh iklan yang berterusan. – Too Fab

Bukan selalu band terkemuka mahu turut serta dalam fenomena budaya pop seperti filem Frozen namun baru baru ini Pearl Jam pada konsert mereka telah membawakan saduran pendek runut bunyi popular filem itu, Let It Go. Harap ada lagu penuh nanti, heh. – THR

Ekstrim juga tahap peminat selebriti di Korea apabila anggota EXO, Baekhyun yang kini dalam hubungan cinta dengan Taeyeon (SNSD) telah dipanggil sebagai pengkhianat oleh peminatnya di siaran langsung program muzik Inkigayo. – Soompi