fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.573)

VIDEO HARI INI: Bukan sekali dua kita dengar ada lagu yang mempunyai persamaan antara satu sama lain dan ini senarai 10 buah lagu antarabangsa yang paling popular ditiru dari lagu lama.

Kisah pasangan remaja ini nampaknya akan kembali menjadi perhatian ramai selepas Justin Bieber & Selena Gomez dilihat keluar bersama menonton wayang dan juga aksi mesra mereka berdua keluar panggung sempat dirakam peminat yang ada. – Just Jared

Pelakon drama Amyra Rosli memberitahu beliau kini berasa gementar menunggu hari untuk dinikahkan dengan tunangannya yang juga seorang pelakon iaitu Dazrin Kamarudin & telah pun memilih 8 Ogos hadapan untuk bernikah. – GUA

Antara pelawak kegemaran kami yang telah lama menghilang, Dave Chappelle kini kembali ke bidang hiburan dan dalam persembahan kedua beliau di Radio City Music Hall, New York Kanye West telah muncul membuat kejutan buat para hadirin. – Huff. Post

Filem terbaru Seth Rogen & James Franco berjudul The Interview yang mengisahkan plot membunuh Kim Jong-Un nampaknya mendapat perhatian dari pemimpin Korea Utara itu sendiri selepas jurucakap memberitahu beliau mungkin akan menontonnya. – Inside Movies

Kalau anda terlepas, berita yang melaporkan Baekhyun (EXO) & Taeyeon (Girls’ Generation) telah sah bercinta sejak empat bulan lalu menjadi perhatian ramai sepanjang hujung minggu lalu di Korea Selatan. Mereka nampak serasi bersama, heh. – SBS Australia